Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah buat Tengku Mohamad Onn Tengku Adnan

Woke up this morning...With little pain in my chest...Thought it was normal because I slept little late...I grabbed my mobile n get to back real...Aisha text me our beloved friend met with an accident and he aint going back because not Allah doesn't have His mercy...but He loves him too much more than we do and we know its time when He say He will do...in faith we hold and in prayer we beg...so Allah will bless his soul in heaven
~Ameen & Al-Fatihah~



-Retrieved from Berita Harian-

Pemuda cuba potong laluan kembar maut

KUANTAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta ketika cuba memotong di garisan berkembar di Kilometer 337 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat Kampung Ajai, Raub, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa dikenali Tengku Mohamad Onn Tengku Adnan, 24, dari Kawasan Perumahan Kelompok, Kampung Pintu Padang, Raub, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badannya.

Ketua Polis Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata mangsa yang dalam perjalanan dari Lipis ke Raub cuba memotong sebuah kenderaan lain di depannya namun bertembung dengan sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke tepi jalan dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan awal mendapati mangsa memotong kenderaan berkenaan di laluan garisan berkembar.



No comments:

Post a Comment